Thursday 19 May 2016

Nak Tau Something tak?




Naktau something tak?


Aku dulu clash sebab ni la, aku simpan apa yang aku rasa aku sedih dan aku buat keputusan masa otak aku tak berfungsi sepenuhnya. Baru sekarang aku sedar aku menyesal, aku melepaskan orang yang aku sangat sayang sebab aku terlampau cemburu. Entah apa la yang aku fikir masa tu aku tak ingat tapi yang aku tau aku sayang dia aku fikir akan ada kesempatan untuk aku dan dia, tapi semua tu tinggal harapan ja lah, berangan sampai langit ketujuh pun dia takkan ada untuk aku lagi. Bila fikir balik sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan dia kenapa? Hahaha sentiasa menjadi persoalan sampai sekarang takdak jawapan.

Kerinduan yang tiada ubatnya. Aku terlampau takut kisah silam aku berulang kembali jadi aku ambil keputusan untuk meninggalkan dia, aku fikir ia semudah yang di sangka. Aku fikir nak melupakan insan yang aku pernah sayang dengan persetujuan dua2 pihak senang tapi akhirnya aku gagal. Bila kita meninggalkan seseorang jujur untuk aku katakan tak mudah dan aku rasa sangat bersalah sampai sekarang mungkin untuk selamanya.

Nak tahu macam mana rasa peritnya?
Ia lebih teruk dari kita kena tinggal dengan pasangan tanpa sebab. Luka ni aku sendiri buat dan bukan aku seorang ja yang rasa tapi dia pun sedih dia tak cakap tapi aku tahu. Ya aku sayang dia dan masih sayang tapi andai takdir tertulis di luh Mahfuz dia bukan untuk aku harapan yang tinggal hanya berdoa. Ya berdoa agar dia jumpa kebahagiaan dia sendiri. Ingin aku khabarkan kepadanya andai dia masih lagi sendiri aku nak cakap aku masih sayang kat dia jauh di sudut hati aku masih ada dia,tapi kalau sudah jumpa pengganti doaku agar dia kekal bahagia selamanya. Dia berhak mendapat kebahagiaan dia sendiri.


Selepas aku clash dengan bae aku ada wasep seorang sahabat jauh di Jordan. Aku tiada teman ingin mengadu jadi aku cerita kepadanya dan kawan aku berpesan kalau ada jodoh suatu hari nanti pasti jumpa kembali tak kira dalam situasi apa pun. Simpan harapan dalam doa kenapa? Sebab doa itu kekal tapi kalau kau berharap pada manusia hatinya berubah2. Aku pasti akan ingat pesanan dia sahabatku.


Pesan mak aku pula  dalam bercinta kalau sayang sangat2 walau saling menyayangi sekalipun kalau takda jodoh takkan berkahwin jugak. Ingat janji Allah kun faya kun. Kalau Dia berkehendak sesuatu ia pasti akan terjadi. Jangan risau kalau ada jodoh walau masing2 terpisah ke hujung dunia pun pasti akan berkahwin jangan ragui kuasa Allah. Tugas kita sebagai manusia berserah segala terjadi pada Allah. Setiap apa yang berlaku dari dulu sehingga kini semuanya bersebab jadi siapa kita nak pertikaikan.


Jadi pesan aku untuk semua kalau betul sayang selagi kau boleh sabar dengan partner kau sabar je lah jangan sampai nanti kau kehilangan dia time tu kau dah menyesal pun takguna. Jaga perasaan beliau tak kisah boy or girl aku pesan ni random. Kalau kau taknak sedih macam aku lebih baik kau sabar dan sayang dengan apa yang ada depan mata.

Sekian ceramah dari kakak comel



                                                                                              Jeans merah

                                                                                              Jeans merah

0 comments:

Post a Comment