Thursday 19 May 2016

Kenangan dunia kita



Sejenis rindu yang tak dapat di ungkap dengan kata2 terima kasih kepada yang sudi doodlekan nama jeans merah. Terima kasih jugak sebab pernah, masih dan selalu ingat dekat aku. Walaupun aku tak pernah berkata2 tapi jauh di sudut hati aku sangat rindukan korang. InsyaAllah rindu untuk korang semua sentiasa aku semat dalam setiap doa aku.


Jangan risau kawanku andai aku tak muncul lagi di dunia itu tak bermakna aku lupa korang semua kenangan aku dengan korang semua aku tak pernah lupa. Aku pernah kecundang dengan cinta di dunia tu sebab tu aku ambik keputusan untuk tarik diri. Korang semua pun kenal aku siapa kan kalau rindu jemput2 la pm k. InsyaAllah aku tak sombong yang tak kenal baru nak kenal pun boleh dan sangat di alu2 kan


Sebab apa aku letak semua kenangan di sini dan bukan di sana? Sebabnya aku nak korang tau aku tak pernah lupa korang yang menghargai aku, cuma aku lebih selesa berbicara disini kalau ada sapa2 yg kenal aku dri dunia tu jemput la komen k. Kalau je lah.


Im really sure yang tahu aku ada blog Cuma 2 3 orang je kalau yang pandai cari tu kau memang awesome. Ni hasil tangan anak melayu yang korang perlu tahu dan sebab ni la aku sayang korang yang pernah, masih dan still contact.


 

Actually dah lupa dri siapa tapi ni tanda sayang aku kat hang


well ni dari kawan uni aku..time tu aku yang mintak diorang buatkan yang ni


Dan yang ni pun sama dari kawan uni aku jugak.



This from my partner in crime uthe only one yang aku kenal dari situ dan terus ke alam realiti



Ini pulak dari ubi kayu si aisa




this nice drawing come from jent 



pic ni jugak dari my partner in crime


kata2 dan lukisan yang sangat cantik ni adalah dari kesayangan jeans merah antara yang mula2 kenal masa tu



this one from atok roshi yang aku sangka tua rupanya muda lagi dan paling best lebih muda dri aku



This is the special one, sebab? haaa ni adalah dari orang yang aku sendiri tak kenal and tiba2 dia pm aku dan bagi hasil tangan dia wah virus ni memang best sebab even org yang tak kenal pun menghargai kita tau


Gambar ini dilukis oleh pakcik si kartunis simple but nice jangan tak tau pakcik ni banyak melukis gambar org and memang serupa sangat tahu?



Ini pulak dari brader yang jugak antara orang awal yang aku kenal



kibo ni aku kenal time virus doodle sedang bjalan dia pun antara org yang aku xkenal tiba2 tulis nama aku



tak sangka dalam kesengalan dia pandai melukis di kenali sebagai kenali tawaku yang ramai mengatakan dia perempuan and ada yg cakap dia masih muda tapi gunakan perkataan abg tak pasti tapi dia juga org yg berbakat dalam menghiburkan orang lain.



Orang yang mulakan virus ini last2 dia patah tangan nak baalas kat setiap 1 haha padan muka hang kan dah kena.....
 Dia terkenal dan semakin terkenal dia ni kan orang pandai bercakap means petah aku sendiri pun kadang2 xdak point  nak blas kalau kena hentam dia ni memang ada ja jawapan kalau kenahentam mentak x cepat koyak bruh!



  Another one from brader rajin benaq dia.
Lagi 1 dia kat situ di kenali sebagai orang kaya buat2 belagak ayat dia tuu sangat kelakar



This one yang aku lupa nak blas sampai sekarang sorry mentari sha lupa sangat nak blas


And the last one lukisan from overseas tauu! student yang study kat indon buatkan haha actually dia melayu tapi ini rare sikit kan...

Semua lukisan atas nama jeans merah dah di sematkan di blog ini thank you guys susah payah buatkan untuk aku walau ada yang aku lupa nak balas. Mereka adalah kesayangan aku dari perkampungan kejiranan maya ini dan walaupun terhenti aku di sana tapi aku taknak lupakan korang yang sangat awesome ni sebab kita semua bersatu atas ikatan persahabatan.
Banyak pulak membebel harini kan sorry but one thing that all of you should know i really2 love them.
                                                                                 


                                                                            Jeans merah

Nak Tau Something tak?




Naktau something tak?


Aku dulu clash sebab ni la, aku simpan apa yang aku rasa aku sedih dan aku buat keputusan masa otak aku tak berfungsi sepenuhnya. Baru sekarang aku sedar aku menyesal, aku melepaskan orang yang aku sangat sayang sebab aku terlampau cemburu. Entah apa la yang aku fikir masa tu aku tak ingat tapi yang aku tau aku sayang dia aku fikir akan ada kesempatan untuk aku dan dia, tapi semua tu tinggal harapan ja lah, berangan sampai langit ketujuh pun dia takkan ada untuk aku lagi. Bila fikir balik sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan dia kenapa? Hahaha sentiasa menjadi persoalan sampai sekarang takdak jawapan.

Kerinduan yang tiada ubatnya. Aku terlampau takut kisah silam aku berulang kembali jadi aku ambil keputusan untuk meninggalkan dia, aku fikir ia semudah yang di sangka. Aku fikir nak melupakan insan yang aku pernah sayang dengan persetujuan dua2 pihak senang tapi akhirnya aku gagal. Bila kita meninggalkan seseorang jujur untuk aku katakan tak mudah dan aku rasa sangat bersalah sampai sekarang mungkin untuk selamanya.

Nak tahu macam mana rasa peritnya?
Ia lebih teruk dari kita kena tinggal dengan pasangan tanpa sebab. Luka ni aku sendiri buat dan bukan aku seorang ja yang rasa tapi dia pun sedih dia tak cakap tapi aku tahu. Ya aku sayang dia dan masih sayang tapi andai takdir tertulis di luh Mahfuz dia bukan untuk aku harapan yang tinggal hanya berdoa. Ya berdoa agar dia jumpa kebahagiaan dia sendiri. Ingin aku khabarkan kepadanya andai dia masih lagi sendiri aku nak cakap aku masih sayang kat dia jauh di sudut hati aku masih ada dia,tapi kalau sudah jumpa pengganti doaku agar dia kekal bahagia selamanya. Dia berhak mendapat kebahagiaan dia sendiri.


Selepas aku clash dengan bae aku ada wasep seorang sahabat jauh di Jordan. Aku tiada teman ingin mengadu jadi aku cerita kepadanya dan kawan aku berpesan kalau ada jodoh suatu hari nanti pasti jumpa kembali tak kira dalam situasi apa pun. Simpan harapan dalam doa kenapa? Sebab doa itu kekal tapi kalau kau berharap pada manusia hatinya berubah2. Aku pasti akan ingat pesanan dia sahabatku.


Pesan mak aku pula  dalam bercinta kalau sayang sangat2 walau saling menyayangi sekalipun kalau takda jodoh takkan berkahwin jugak. Ingat janji Allah kun faya kun. Kalau Dia berkehendak sesuatu ia pasti akan terjadi. Jangan risau kalau ada jodoh walau masing2 terpisah ke hujung dunia pun pasti akan berkahwin jangan ragui kuasa Allah. Tugas kita sebagai manusia berserah segala terjadi pada Allah. Setiap apa yang berlaku dari dulu sehingga kini semuanya bersebab jadi siapa kita nak pertikaikan.


Jadi pesan aku untuk semua kalau betul sayang selagi kau boleh sabar dengan partner kau sabar je lah jangan sampai nanti kau kehilangan dia time tu kau dah menyesal pun takguna. Jaga perasaan beliau tak kisah boy or girl aku pesan ni random. Kalau kau taknak sedih macam aku lebih baik kau sabar dan sayang dengan apa yang ada depan mata.

Sekian ceramah dari kakak comel



                                                                                              Jeans merah

                                                                                              Jeans merah