Tuesday 22 December 2015

Laksa Johor homemade

Assalam.. Wah agak lama tak up entry
Uih lama benaq xlepak kat blog...
Al maklumlah sejak habis exam g bertapa kejap xdapat apa pun haaa Rasanya sekarang ni macam nak belajar masak lah pulak Jom belajar sesama nak?  

Actually saya memang x pandai memasak Setakat biasa2 tu boleh la So hari ni sebab mood masak datang so saya akan up post resepi masakan yang agak simple sebab saya ni pun baru je belajar masak.. Dah tua2 baru nak belajar memang lambat lah boleh terima dalam otak ni ha sebab tu simpan je dalam ni haa senang kalau nak masak kita just open any resepi in my blog Orang xpandai masak macam saya ni belajar masak pun benda simple je la..kalau ada yang nak kongsi resepi pun bole sbab skrg memang saya nak memasak je bagi hilang stress... Ok resepi pertama ialah laksa johor made by orang perlis....... Wuuu demand kan Takpa belajar sendiri cari bahan lama2 pandai masak jugak haa

Bahan A

*1kg Ikan Parang @ ikan kembung @ ikan selayang(saya guna ikan kembung memandangkan di perlis susah jmpa ikan parang)

*Ikan kembung - Bahagian kepala dan badan

#sediakan stok ikan:

  • Cuci ikan sampai bersih
  • Rebus sehingga empuk
  • Asingkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan
  • Tulang ikan+ kepala ikan blend
  • Masukkan air rebusan ikan dalam blend dan blend sampai halus  
  • Tapis dan buang hampas
  • stock ikan di letakkan dalam 1 bekas dan d ketepikan

Bahan B

*Stock udang 250 gram ( saya guna udang lebih ikut citarasa masing2 sebab saya suka udang)

  #sediakan stock udang:
  • Udang di bersihkan
  • Asingkan isi dengan kulit serta kepala
  • Rebus kulit dan kepala udang dengan sedikit air
  • Kulit dan kepala udang serta air rebusan di kisar halus
  • Tapis untuk stock udang
  • Kisar isi udang ( saya kisar bersama isi ikan dan bahan D)

Bahan C

*4 sudu udang kering( ini pun saya letak lebih jugak ikut citarasa masing2)
* 1 ekor ikan masin
*Rendam udang kering dan ikan kering sehingga lembut
*dan kisarkannya

Bahan D

*6 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inchi lengkuas
*15 tangkai cili kering (kalau lebih pun takpa saya ambil ikot resepi ja nak lagi sedap ikut naluri masak time tu )
* rendam semua dan kisarkannya


Bahan E

*2 sudu besar jintan manis
*2 sudu besar ketumbar
*Goreng sehingga bau wangi
*ditumbuk halus

Bahan F

*spighatee
*saya tak guna spighatee saya guna mee je sebab saya suka mee....
*Rebus sehingga lembut

Bahan lain-lain:

*2 sudu besar rempah kari daging
*1/2 kg santan pekat (kalau suka lemak boleh masukkan lebih)
*1 ikat daun kesum
*1 kuntum bunga kantan
*1 batang serai
*1 buku gula melaka
*Garam dan gula secukupnya
*Kerisik

Sambal belacan

*15 tankai cili kering
*2 lada merah
*1 ulas bawang putih
*Belacan secukup rasa
*tumbuk sehingga halus pekat likat dan melekat

Cara masak:


  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumiskan bahan D
  3. Masukkan serai dan masak sampai keluar minyak
  4. Masukkan bahan E
  5. Masukkan rempah kari. Masak hingga rempah garing
  6. Masukkan bahan B
  7. Masukkan bahan A
  8. Biarkan kuah mendidih
  9. Masukkan santan
  10. Masukkan bahan C
  11. Masukkan asam keping
  12. Masukkan gula melaka
  13. Masukkan kerisik
  14. Masukkan bunga kantan yang di  belah 2
  15. Masukkan daun kesum yang diikat
  16. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  17. Biarkan kuah mendidih dan pekat sedikit